Polis sedia terima aduan salah laku anggota

Iklan
Kama Azural semasa merasmikan General Roll Call Khas Peringkat IPD Pasir Mas pada Isnin.

PASIR MAS - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas sedia menerima sebarang aduan berkait dengan salah laku melibatkan anggota yang dilaporkan oleh orang awam.

Ketua Polis daerah, Assisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya mengalu-alukan perkara tersebut dalam usaha meningkatkan lagi integriti selari dengan saranan pucuk pimpinan tertinggi pasukan.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman semua, ada dalam kalangan anggota jam 2 hingga 3 pagi baru balik kerja malah tidak balik langsung pun ada kerana terlibat dengan operasi.

"Untuk pengetahuan semua, dalam seminggu ini kami berjaya melakukan lima tangkapan berkaitan dengan kes dadah," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan General Roll Call Khas Peringkat IPD Pasir Mas di sini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas sedia menerima sebarang aduan berkait dengan salah laku melibatkan anggota yang dilaporkan oleh orang awam.

Menurut beliau, IPD Pasir Mas sentiasa turun padang bertemu masyarakat menerusi 'Community Policing', 'walkabout' dan banyak lagi.

Iklan

Ujarnya, melalui program itu pihaknya membuka kaunter kepada orang ramai untuk membuat aduan jika wujud pelanggaran berkait integriti.

Beliau sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang didapati melanggar disiplin sepanjang menjalankan tugas.

"Itu konsep yang kita kena terapkan sekarang dalam kalangan anggota di sini," katanya.

Kama Azural memberitahu, setakat ini IPD Pasir Mas bebas daripada sebarang kesalahan melibatkan anggota atau pegawai.

Menurut beliau, IPD Pasir Mas mempunyai seramai 509 anggota termasuk pegawai pelbagai pangkat.