Negara anggota IMCTC setuju teraju inisiatif dalam pelbagai bentuk

Iklan
Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR - Negara anggota Pakatan Ketenteraan Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) secara kolektif bersetuju untuk menerajui inisiatif dalam pelbagai bentuk termasuk pembiayaan, latihan, kepakaran dan kemahiran.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, Mesyuarat IMCTC Kedua di Arab Saudi Sabtu lepas turut mengalu-alukan cadangan Malaysia untuk menerajui inisiatif Program Pembangunan Ketahanan Literasi Teknologi Maklumat dan Digital.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk dalam membangunkan, mencipta, menghasilkan dan menyebarkan kandungan media berkaitan keganasan dan ekstremisme, dalam kalangan belia negara anggota IMCTC,” menurut kenyataan itu.

Katanya, mesyuarat itu menghimpunkan 42 negara anggota, dan membincangkan inisiatif yang relevan untuk dipandu oleh negara anggota bagi menangani ancaman ekstremisme dan keganasan di peringkat antarabangsa dalam empat domain fokus, yakni menyekat penyebaran ideologi, komunikasi, menyekat pembiayaan keganasan, dan kerjasama ketenteraan.

Iklan

Bagi menzahirkan kerjasama pertahanan yang kukuh antara Malaysia dan Arab Saudi, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari yang menghadiri mesyuarat itu turut menerima jemputan kerajaan Arab Saudi untuk melawat Pameran Pertahanan Dunia (WDS) yang diadakan serentak dari 4 hingga 8 Februari.

"WDS 2024 ialah platform penting yang menghimpunkan pelbagai pemain dalam industri pertahanan untuk mempamerkan teknologi pertahanan terkini merentasi domain darat, udara, laut dan siber," menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurutnya dalam lawatan singkat itu, Timbalan Menteri Pertahanan dan delegasi berpeluang bertemu pemain antarabangsa utama dalam industri pertahanan untuk mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi pertahanan, peralatan dan aset.

Kehadiran delegasi Kementerian Pertahanan di WDS 2024 juga bagi mempromosikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 9 Mei di Kuala Lumpur. - Bernama