PASIR MAS - Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat selain ia turut dilaksanakan di seluruh negara.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, langkah itu diambil selaras dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan ia sudah dipersetujui.