Pasangan, tunang ditahan langgar anggota polis

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Yahaya)

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dan tunangnya yang disyaki melakukan cubaan bunuh dengan melanggar anggota polis berpangkat Lans Koperal hingga parah di Tanjung Rambutan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, bertindak atas maklumat, pasangan kekasih warga tempatan berusia 33 dan 34 tahun itu berjaya ditangkap dalam tempoh kurang 24 jam.

Iklan
Iklan

"Pihak polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan oleh kedua-dua suspek pada hari kejadian.

"Semakan mendapati suspek wanita pula mempunyai dua rekod lampau dalam kesalahan jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa untuk permohonan reman di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis membuka kertas siasatan berkaitan kes mendatangkan cedera parah dengan niat membunuh ke atas anggota tersebut.

Iklan

"Siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin bagi tujuan pendakwaan," katanya.

Media melaporkan seorang anggota polis parah dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, Suspek telah bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali dengan mengundur kenderaan sebelum memecut laju untuk melarikan diri.

Anggota berusia 34 tahun itu yang mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.