KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Isnin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian.
Azalina berkata, inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu adalah bagi menangani isu berkaitan jenayah siber selain mencerminkan keprihatinan Kerajaan Madani dalam memastikan keselamatan rakyat di alam siber tidak terus terancam.