Scammer tahu mangsa banyak duit?

Iklan
Ahmad Noordin (gambar kecil) menegaskan pemilihan mangsa oleh scammer kebanyakannya adalah secara rawak dan tiada kaitan dengan kebocoran data.

SHAH ALAM - Kes seorang doktor pakar di Selangor ditipu lebih RM2 juta oleh sindiket pelaburan mata wang kripto tahun lalu dan insiden seorang ahli perniagaan di Terengganu rugi RM688,300 akibat pelaburan tidak wujud baru-baru ini mencetuskan kebimbangan seolah-olah penjenayah dalam talian tahu butiran terperinci jumlah wang dimiliki mangsa sehingga mereka dijadikan sasaran.

Lebih membimbangkan, peningkatan kes scammer dengan jumlah kerugian mencecah RM4.17 bilion dalam tempoh lima tahun lalu berlaku ketika isu kebocoran data peribadi sering muncul kebelakangan ini termasuk dakwaan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikatakan dijual di pasaran pangkalan data pada 2022.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.