Harga murah: Pelanggan tak marah, pesaing yang meroyan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

MERAK Jalanan puji sikap diamalkan pasangan suami isteri di Taman Dato Lela Maharaja Chembong, Rembau yang memilih untuk kekal menjual secucuk sate pada harga serendah 70 sen.

Ketika kebanyakan peniaga memilih untuk menaikkan harga jualan berikutan kenaikan harga barang di pasaran, mereka masih memilih untuk mengekalkan harga sate yang dijual bagi membolehkan semua orang dapat merasanya, selain nak berkongsi rezeki.

Iklan
Iklan

Namun apa yang membuatkan Merak Jalanan pelik, menurut cerita peniaga sate itu, ada pelanggan yang marah kenapa dia menjual sate dengan harga murah.

Keadaan itu agak memelikkan kerana biasanya pelanggan suka jika dapat beli dengan harga murah.

Iklan

Jika harga mahal lain cerita. Bukan setakat merungut, malah ada yang tularkannya di media sosial seperti harga ikan siakap kayangan di Langkawi.

Mungkin yang mempersoalkan harga murah itu dihantar oleh pesaing untuk ‘menyedarkan’ peniaga sate itu bahawa harga sate di situ terlalu murah hingga mengakibatkan mereka ketiadaan pelanggan.

Iklan

Siapa pun gerangan yang mempertikaikan harga sate rendah itu bukanlah persoalan penting yang perlu dijawab.

Namun apa yang lebih penting, Merak Jalanan harap sikap peniaga sate itu dicontohi peniaga lain di seluruh negara tanpa mengira apa jua bidang perniagaan mereka.

Dalam berniaga, jangan terlalu tamak hendak membuat keuntungan besar dan cepat. Akibatnya, pelanggan akan lagi ke kedai lain. Biar untung sedikit setiap jualan asalkan kuantiti jualan keseluruhannya besar.

Kuantiti besar ini tentunya memberi keuntungan malah mungkin lebih jika dibandingkan dengan untung diterima melalui jualan mahal.

Jika pelanggan suka dengan harga jualan, mereka akan datang lagi malah membuat iklan secara percuma kepada keluarga dan rakan.

Untung bukan?