SCAMMER memilih mangsa secara rawak tanpa mengetahui jumlah sebenar wang simpanan mereka.
Berikut adalah antara mangsa yang sering rugi besar akibat ditipu scammer.
1. Pesara
Golongan ini mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Seorang pesara guru di Ipoh, Perak rugi RM440,000 pada 25 Januari lalu ditipu skim pelaburan tidak wujud.
2. Ahli KWSP
Ahli KWSP boleh keluarkan wang Akaun 2 pada usia 50 tahun dan mereka mungkin menjadi mangsa.
3. Profesional
Doktor, jurutera dan pensyarah kanan universiti yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas dilapor sering menjadi mangsa dari masa ke masa.
4. Ahli perniagaan.
Dua ahli perniagaan di Johor menjadi mangsa skim penipuan pelaburan dan pinjaman tidak wujud sehingga rugi lebih RM1.09 juta, Januari lalu.
5. Wanita kaya
Golongan wanita di negara ini direkodkan sebagai paling ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer.
10 sebab mengapa orang mudah tertipu dengan scammer:
- Kuasa dan legitimasi yang jelas dipamerkan
- Daya tarikan produk
- Servis atau pulangan
- Peras ugut
- Desakan
- Tekanan
- Janji manis
- Cepat percaya
- Panik
- Mempunyai perhubungan (persaudaraan, persahabatan, kenalan) dengan penipu