7, 628 pelajar Tingkatan 1 daftar masuk MRSM

Iklan
Rina (belakang, empat dari kanan) bersama tetamu dan pelajar selepas penyampaian sumbangan pada lawatan kerja ke MRSM Sungai Besar hari ini.

SUNGAI BESAR - Seramai 7, 628 pelajar Tingkatan Satu mendaftar di 54 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara pada sesi persekolahan tahun 2020 hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 62 peratus daripada pelajar terdiri dalam kalangan kumpulan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40).

Iklan
Iklan

Menurutnya, peratusan pengambilan pelajar B40 itu lebih tinggi daripada sasaran 60 peratus bagi golongan terbabit.

"Tahun ini juga kita meluluskan rayuan sebanyak kira-kira 300 permohonan," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke MRSM Sungai Besar di sini hari ini.

Iklan

Seramai 180 pelajar Tingkatan Satu mendaftar pada sesi persekolahan 2020 di MRSM Sungai Besar hari ini.

Rina memberitahu, kira-kira 3,000 pelajar MRSM seluruh negara daripada Tingkatan Satu hingga Lima mendapat manfaat daripada Program Bantuan Untuk Pendidikan (Budi) pada tahun ini.

Iklan

"Pelajar terpilih merupakan mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Melalui program itu pelajar yang terpilih akan menikmati manfaat termasuk wang saku bulanan, pengecualian bayaran wang caruman dan peruntukkan sebanyak RM1,500 setahun bagi membeli barangan kelengkapan persekolahan.

"Kita harap mereka yang mendapat manfaat dalam program ini mampu mencipta kecemerlangan dan seterusnya membantu keluarga pada masa depan," katanya.