SPRM sedia 2,000 tiket percuma tonton teater skandal rasuah VIP

Iklan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya (tengah) ketika sidang media mengenai Teater Semarak Pertiwiku di Istana Budaya hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani (kiri) dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil (kanan). - Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - Teater skandal rasuah membabitkan individu kenamaan (VIP) akan dipersembahkan kepada orang ramai dalam pementasan di Panggung Seri, Istana Budaya pada 30 dan 31 Januari ini.

Teater muzikal bertajuk Semarak PertiwiKu itu merupakan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Iklan
Iklan

Semarak PertiwiKu mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan mengumpul kekayaan sehingga tercetusnya skandal rasuah di sebalik perolehan sebuah projek mega.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, sebanyak 2,000 tiket percuma diperuntukkan bagi pementasan teater tersebut yang boleh diperoleh melalui tempahan awal.

Iklan

Menurutnya, teater di bawah arahan pensyarah Unimas, Muhammad Azri Ali akan dibarisi beberapa pelakon terkenal seperti Ungku Ismail, Sherie Merlis, Anding dan Taufik Hanafi.

"Teater ini mendapat sambutan hangat di Kuching, Sarawak pada Julai tahun lalu dan kini kita bawa ke peringkat nasional dengan mengangkat integriti sebagai mesej utama.

Iklan

"Ia adalah satu salah aktiviti pencegahan rasuah bagi mendidik masyarakat supaya dapat melihat akibat jika terbabit dalam salah laku rasuah.

"Bila kita tengok nanti, kita akan tahu dan kenal watak-watak itu (orang kenamaan yang terbabit skandal rasuah)," katanya pada sidang akhbar sempena pementasan teater tersebut di Istana Budaya di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Sementara itu, Muhammad Azri berkata, teater berkenaan bertemakan integriti dan satu usaha baik untuk mendidik masyarakat mengenai rasuah terutama di kalangan penjawat awam.

Orang ramai yang berminat menonton teater muzikal itu boleh menghubungi Kumaran di talian 03-8891 1501, Adib Azami (03-8891 1468) dan Saiful Azmi (03-8891 1471).