Mengamuk gara-gara letak sos tomato dalam burger

Iklan
Seorang pelanggan menimbulkan kekecohan di sebuah restoran makanan segera kerana sos tomato diletakkan dalam burger dibelinya.

BUCKINGHAMSHIRE - Seorang pelanggan makanan segera bertindak melempar peket sos tomato terhadap pekerja sebuah restoran makanan gara-gara burger dibelinya diletakkan sos tersebut.

Tindakan dilakukan pelanggan yang berang itu di belakang kaunter selepas dia memarahi pekerja tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut sumber Mirror, kekecohan itu menyebabkan polis tiba di lokasi kejadian di Milton Keynes, Buckinghamshire di sini pada 26 Disember lalu selepas menerima panggilan.

Pelanggan berkenaan ditahan kerana disyaki menyerang dan menimbulkan huru-hara di tempat awam dan memiliki senjata yang boleh memberi kecederaan pada orang awam.

Iklan

Menerusi klip video berkenaan, suspek yang dalam keadaan marah menuntut bayaran balik selepas burgernya diletakkan sos tomato yang tidak diingininya.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di McDonald's Milton Keynes, Buckinghamshire dan suspek kini dilepaskan dengan jaminan, sementara menunggu keputusan penyiasatan.

Iklan
Seorang pelanggan menimbulkan kekecohan di restoran makanan segera.

Seorang jurucakap polis, Thames Valley berkata, ketika kejadian, suspek tidak berpuas hati terhadap makanan dibelinya di McDonald's dan mengugut serta mengeluarkan kata-kata kesat bersifat perkauman.

"Lelaki tersebut dengan berkata kesat telah melempar beberapa paket sos tomato sebelum dia dibawa keluar oleh pengawal keselamatan, namun suspek bertindak menggenggam tali pinggangnya bagi memberi ancaman pada pekerja tersebut.

"Pihak polis memerlukan saksi dalam kejadian ini dan mengharapkan agar mereka terlibat atau berada ketika kejadian menghubungi pihak polis supaya kes ini diselesaikan dengan segera," katanya.