Kwai Chai Hong

Iklan
Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Februari ini, suasana di Lorong Hantu Kecil atau 'Kwai Chai Hong' dalam bahasa kantonis, semakin menggamit ramai pengunjung termasuk dari luar kota metropolitan ini.

Terletak di Lorong Panggung, diapit Jalan Petaling dan Jalan Sultan, ia sangat terkenal dengan aura zaman 60-an yang dikelilingi dengan watak mural ala-ala 'The House of 72 Tenants' dalam filem 'Shaw Brothers'. - Foto: Bernama