Anwar ucap takziah kepada keluarga Khalid Ali

Iklan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya pada jam 3.05 petang tadi.

Anwar menerusi satu hantaran di Facebook, turut mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah atas pemergiannya.

Iklan
Iklan

"Terkenang kehebatan Allahyarham ketika menyarung jersi kebangsaan, terutama ketika membantu skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow. Terima kasih atas jasa dan usaha mengharumkan nama negara.

"Semoga ALLAH SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Iklan

Pemergian Khalid, 66, selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru disahkan adiknya Datuk Zainal Abidin Hassan, yang memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumi di Tanah Perkuburan AU4 di Lembah Keramat di sini, selepas Maghrib hari ini.

Khalid pernah mewakili negara dari 1977 hingga 1985 dan membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia. - Bernama

Iklan