Giliran Jordan hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2023

Iklan
Jordan mara ke perlawanan akhir Piala Asia selepas menyingkirkan Korea Selatan pada Selasa. Foto Agensi

KOREA Selatan selepas tampil garang menyingkirkan Arab Saudi dan Australia, kini giliran negara Asia Timur itu pula dihantar pulang pasukan sensasi penuh kejutan Jordan dari Piala Asia Qatar 2023, pada Selasa.

Taegeuk Warriors kendalian Jurgen Klinsmann yang merupakan pasukan pilihan terpaksa akur tewas 0-2 kepada angkatan The Chivalrous asuhan Hussein Ammouta dari Asia Barat tersebut dalam aksi separuh akhir di Stadium Ahmed bin Ali.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun separuh masa pertama penampilan kedua-dua pasukan yang kali terakhir bertemu pada peringkat Kumpulan E yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Al Thumama pada 20 Januari lalu buntu memecah jaringan.

Namun separuh masa kedua, Jordan yang mara dengan status pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan kembali lebih tersusun terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang kelab liga Qatar, Al Ahli SC, Yazan Al-Naimat pada minit ke-53.

Iklan

Gol itu ternyata menyemarakkan semangat pemain-pemain yang kemudian melebarkan lagi jaringan hasil sentuhan bintang kelab Ligue 1 Perancis,

Montpellier, Mousa Al-Taamari pasa minit ke-66.

Iklan

Korea Selatan dijanakan kapten Son Heung-min yang merupakan bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur berusaha kembali ke dalam permainan.

Namun benteng Jordan dikemudi bekas pemain kelab Liga Super, Selangor FC, Yazan Al-Arab tenang menyerap asakan jentera serangan Taegeuk Warriors bagi mengesah kemaraan ke perlawanan akhir pertama kali buat The Chivalrous.

Jordan akan menentang pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir yang menemukan Qatar dan Iran di Stadium Al Thumama pada Rabu.