Jururawat cedera ditumbuk lelaki kurang siuman

Iklan
Pesakit mental (kanan) menumbuk petugas kesihatan di sebuah klinik di daerah Bang Luang, Pathum Thani, Thailand. Agensi

BANGKOK - Seorang jururawat lelaki cedera ringan selepas ditumbuk lelaki tidak siuman ketika sedang menyediakan suntikan di sebuah klinik kesihatan tempatan di daerah Bang Luang, Pathum Thani, Thailand.

Kejadian dirakamkan pada jam 11 pagi (waktu tempatan) pada 2 Februari lalu menerusi kamera CCTV. Kemudian, jururawat tersebut memuat naik dalam Facebook mendedahkan lelaki itu cuba mencederakannya.

Iklan
Iklan

Dalam video itu juga, kelihatan pesakit sedang bersedia untuk menerima suntikan dengan menanggalkan tali pinggang seluarnya sebelum dia berjalan mengelilingi bilik rawatan dan berpatah balik sebelum menumbuk muka petugas secara tiba-tiba.

Selepas kejadian itu, pekerja perubatan lain yang berada dalam bilik sama melarikan ke bilik lain sebagai mengambil langkah berjaga-jaga.

Iklan

Menurut pekerja perubatan lain, lelaki itu datang ke klinik bersama ibunya untuk menerima suntikan fluphenazine decanoate iaitu ubat bagi merawat skizofrenia atau penyakit mental yang kronik.

Sementara itu, mangsa menegaskan dia berkongsi video itu sebagai mendapatkan langkah keselamatan terhadap petugas perubatan dan meminta keluarga lelaki itu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

Iklan

Tambahnya, pesakit boleh melakukan tindakan di luar batasan jika dia membawa senjata dan ia bakal mengancam nyawa orang lain di pusat perubatan itu. - Agensi