Harrif ambil aura Azizulhasni

Iklan
Harrif (kanan) dan Azizulhasni tidak akan luntur untuk berkayuh meskipun usia mencecah 36 tahun. Foto Facebook Harrif Saleh

PELUMBA Terengganu Cycling Team (TSC), Mohd Harrif Saleh mahu mengambil aura jaguh keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam melakar lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Malah pakar pecut itu menyifatkan semangat mereka tidak akan pernah padam untuk berkayuh, biarpun usia sudah mencecah 36 tahun.

Iklan
Iklan

"Ambil semangat Datuk Pok Joe (Azizulhasni). Saya seusia dengannya umur sudah 36 tahun.

"Semangat kami tidak akan luntur untuk berkayuh dan dalam hati saya kita sentiasa positif,” katanya.

Laporan Sukan Sinar pada 4 Februari.

Iklan

Mohd Harrif turut mengimbas ketika dia mula berjinak dengan perlumbaan basikal semasa masih dalam usia alam remaja.

"Saya mula berlumba basikal pada umur belasan tahun lagi. Mula pada tahun 2004 mewakili team Malaysia sehingga sekarang 2024, masih lagi berkayuh.

Iklan

"Insya-ALLAH akan ada hari kita (kejayaan). Apa yang penting sentiasa usaha dan tawakal,” katanya.

Azizulhasni meraih pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Australia pada Sabtu.

Mohd Harrif pada Ahad meraih tempat ketiga dalam perlumbaan International Apollon Temple Criterium Side di Antalya, Turkiye.