Jalan raya tidak pernah ‘tidur’

Iklan
Masyarakat dinasihatkan ambil inisiatif baharu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas agar kesihatan mental terjaga. Foto hiasan

SETIAP hari pengguna jalan raya, tidak kira pemandu kenderaan seperti kereta, lori, bas atau penunggang motosikal pasti mengalami tekanan apabila berhadapan dengan kesesakan lalu lintas setiap hari terutama waktu cuti.

Lebih-lebih lagi, kesesakan jalan raya berlaku semasa dalam perjalanan pergi atau pulang kerja kerana lokasi berkenaan jauh dari rumah masing-masing.

Iklan
Iklan

Penggunaan kenderaan di atas jalan raya terlalu banyak melebihi kapasiti sehinggakan semua tempat mengalami kesesakan yang amat dahsyat.

Hal ini kerana, kebanyakan rakyat lebih memilih untuk menetap di lokasi yang agak jauh dari tempat kerja berbanding mencari kediaman berhampiran atas pelbagai faktor termasuk kadar sewa atau harga rumah yang lebih murah.

Iklan

Bagaimanapun, mereka sanggup menghabiskan masa kira-kira lebih satu jam perjalanan untuk hadir ke tempat kerja pada setiap hari meskipun jaraknya lebih kurang 20 kilometer sahaja.

Bergerak ke mana-mana tempat pada waktu tertentu, pasti ada keadaan yang mana pengguna jalan raya akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas, bukan sahaja di kesibukan kota raya, malah di luar bandar juga.

Iklan

Tidak kira waktu pagi ketika hendak ke tempat kerja atau menghantar anak-anak ke sekolah, atau petang selepas tamat masa bekerja sehingga terpaksa menikmati matahari terbenam di dalam kenderaan masing-masing.

Ia belum termasuk waktu pekerja keluar tengah hari apabila mereka mahu mencari kedai makan di luar kawasan atau premis pejabat.

Justeru, adakah lambakan kenderaan di atas jalan raya menjadi punca kesesakan lalu lintas walaupun ia merupakan perjalanan harian pengguna?

Kesesakan jalan raya juga disumbang oleh beberapa perkara lain termasuk kemalangan atau kereta memotong barisan untuk memasuki simpang.

Ia juga boleh disebabkan berlakunya bencana seperti hujan lebat sehingga banyak pengguna jalan raya terutama pemandu kereta, lori atau bas akan memperlahankan kenderaan supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.

Apabila berlakunya faktor-faktor tersebut, tempoh mengahrungi kesesakan lalu lintas lebih lama daripada waktu sepatutnya.

Persoalannya, apakah tujuan pengangkutan awam yang disediakan oleh kerajaan?

Apakah peranan agensi pengangkutan awam seperti Keretapi Tanah Melayu Bersepadu (KTMB), Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) diwujudkan yang kononnya bagi memudahkan pengguna tetapi mereka lebih memilih menaiki kenderaan sendiri?

Mengapa orang ramai tidak menggunakan pengangkutan awam sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin melampau kini?

Tidak lama lagi menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina, anak-anak perantau sudah semestinya akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Jadi, apakah langkah yang perlu dilakukan pihak berkuasa untuk mengurangkan kesesakan jalan raya setiap kali menjelang musim perayaan? Adakah kewujudan pengangkutan awam berkenaan di kawasan tertentu mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas?

Jadi, pengguna jalan raya perlu menggunakan pengangkutan awam yang disediakan supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada lima hari waktu bekerja dan musim perayaan.

Bagi mereka yang menetap berhampiran, seeloknya berkongsi kereta atau çar pool jika menuju ke satu destinasi sama.

Tindakan tersebut mampu mengurangkan kemalangan jalan raya disebabkan micro sleep kerana terlampau letih dengan pemanduan yang agak lama selain mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Apa pun, masyarakat juga dinasihatkan mengambil inisiatif baharu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas agar kesihatan mental masing-masing terjaga dan tidak akan mengganggu waktu rehat masing-masing.

*Siti Nur Qurratul'aina adalah wartawan Sinar Harian.