Mini karnival perkenal destinasi menarik Kalumpang

Iklan
Persatuan Anak-anak Kalumpang (PAK) dengan kerjasama Sinar Harian bakal menganjurkan Mini Karnival Kalumpang pada 2 Mac depan bermula jam 9.30 pagi.

SHAH ALAM - Persatuan Anak-anak Kalumpang (PAK) menganjurkan Mini Karnival Kalumpang dengan kerjasama Sinar Harian untuk mempertingkatkan dan memperkasakan hubungan antara masyarakat serta ekonomi setempat.

Yang Dipertua PAK, Ulu Selangor, Hasnur Hashim berkata, pihaknya berharap dengan kerjasama itu dapat mengembangkan lagi potensi pekan berkenaan untuk menjadi kawasan pelancongan.

Hasnur

Iklan
Iklan

Menurutnya, karnival yang bakal diadakan pada 2 Mac depan bermula jam 9.30 pagi di Pekarangan Bangunan PAK akan menjadi titik permulaan dalam memperkenalkan Kalumpang sebagai salah satu destinasi menarik di Selangor untuk dikunjungi.

"Saya selaku wakil penduduk Kalumpang begitu teruja dengan penglibatan Sinar Harian dalam karnival ini.

Iklan

""Dengan adanya liputan berita mengenai keindahan Kalumpang, ia akan menarik orang ramai untuk datang ke sini.

"Bukan itu sahaja, apabila orang ramai mula datang ke Kalumpang, ia secara tidak langsung akan membantu ekonomi penduduk tempatan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Ujar Hasnur, pihaknya melihat pekan berkenaan berpotensi untuk menjadi kawasan peranginan kerana terdiri dengan pelbagai rumah rehat, sungai, air terjun dan aktiviti sukan air.

Tambahnya, PAK tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk mempromosi kawasan berkenaan kerana jelas keistimewaan Kalumpang mampu membawa keceriaan kepada semua peringkat umur.

"Alhamdulillah, dengan adanya Mini Karnival Kalumpang, kita selaku penduduk tempatan dapat memperkenalkan keunikan dan tradisi masyarakat setempat kepada orang ramai.

"Menerusi karnival ini, kita turut mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti jualan baju raya terpakai, demonstrasi kuih kelamai, pertandingan mewarna serta gubahan tuala dan jualan barangan keperluan dengan harga Rahmah,” ujarnya.

Nik Justin

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, penglibatan Sinar Harian dalam karnival berkenaan adalah sebahagian daripada program Sinar Karangkraf Bersama Komuniti.

"Pihak kami bersetuju menjadi rakan strategik setelah PAK menjelaskan objektif karnival itu diadakan untuk memperkasakan hubungan antara masyarakat serta ekonomi setempat.

"Menerusi program itu juga, Sinar Harian mengambil kesempatan dengan memberikan sebanyak 200 bakul rezeki kepada 200 keluarga bawah kumpulan berpendapatan rendah (B40) di Kalumpang,” katanya.

Mengulas mengenai pendekatan PAK untuk membangunkan pekan itu, Nik Justin menjelaskan, mana-mana persatuan penduduk wajar untuk mencontohi usaha PAK.

Katanya, Kumpulan Sinar Karangkraf bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana komuniti penduduk yang mahu membangunkan kawasan mereka.

"Saya ingin menjemput orang ramai dan semua komuniti berdekatan untuk bersama-sama memeriahkan Mini Karnival Kalumpang kerana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan.

"Di samping itu, kalian juga berpeluang meneroka keindahan alam yang ada di Kalumpang dan sesuai beriadah bersama keluarga,” ujar Nik Justin.