Terpengaruh dengan pempengaruh
Iklan
SAYA teringat zaman remaja ketika kawan-kawan meminati penyanyi pop yeh-yeh seperti Jeffrydin, A Halim, A Rahman Hassan dan Broery Marantika, saya minat pemain bola sepak Inggeris seperti Alan Ball, George Best, Peter Shilton serta Gordon Banks.
Minat generasi saya dan teman sebaya ketika itu hanyalah sekadar mengumpul keratan akhbar foto mereka yang diselitkan di fail sekolah tetapi generasi abang-abang saya lebih hebat kerana mereka mengikuti stail berpakaian orang yang diminati.