Nak bayar pencen kerajaan tak boleh pinjam, kena ambil dari hasil cukai

Iklan
Menjelang tahun 2040, dijangka sebanyak RM120 bilion diperlukan untuk membayar pencen dan gaji penjawat awam, demikian menurut Aktivis Masyarakat, Liyana Marzuki.

Tambahnya, menurut Akta Pendanaan Kerajaan 1983, jumlah RM120 bilion itu pula tidak boleh dibayar melalui pinjaman, sebaliknya kerajaan perlu ambil dari hasil kerajaan atau cukai.

Justeru katanya, keadaan itu menjadi 'bom jangka' yang bakal membebankan generasi akan datang.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Edisi 431,"PENCEN ATAU KWSP?” pada Selasa di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH:

YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=tZ7slDl14UE

FACEBOOK: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1513317936184625/

X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1754844789500203416

PORTAL: https://www.sinarharian.com.my/article/648282/video/wacana/wacana-sinar-pencen-atau-kwsp

#Wacana #WacanaSinar #SinarHarian #Pencen #KWSP #PenjawatAwam #MalaysiaMadani