Dokumen palsu guna nama APM

Iklan

SHAH ALAM - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Selangor mengesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab memalsukan dokumen dengan mengguna pakai logo, alamat dan nama pengarah agensi itu di negeri ini.

Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Negeri Selangor dalam kenyataannya memberitahu, pemalsuan itu berkaitan kontrak pembekalan dan kerja kepada APM Daerah Kuala Selangor.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, APM menafikan adanya sebarang penawaran kontrak kerja, kontrak pembekalan atau apa-apa yang berkaitan dengan kaedah tidak betul.

"APM Selangor menegaskan bahawa tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai wakil jabatan bagi menguruskan sebarang kerja," kata kenyataan itu pada Rabu

Iklan
Kenyataan APM Negeri Selangor pada Rabu

Kenyataan itu turut mengalukan mana-mana pihak menghubungi talian 03-33410506 sekiranya terdapat sebarang dokumen mencurigakan atau mengelirukan berkaitan APM Negeri Selangor atau mana-mana pejabat agensi itu di negeri ini ataupun berhubung terus dengan Kapten (PA) Mohamad Saufee Akmal di talian 013-2915749.

"APM menasihatkan agar masyarakat sentiasa peka dan berhati-hati dengan sebarang penipuan yang kian berleluasa," tegas kenyataan terbabit.

Iklan

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes penipuan dalam talian dengan menggunakan dokumen palsu APM Negeri Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sejak Januari lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor menerima enam laporan polis di daerah Kajang, Petaling Jaya, Serdang, Sepang, Kuala Selangor serta Sabak Bernam berkaitan kes penipuan tersebut.