Perbadanan Wakaf Selangor sasar kutipan wakaf RM100 juta tahun ini

Iklan
Abdul Aziz (tengah) bergambar bersama wakil penerima Sumbangan Wakaf Fisabilillah pada Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor tahun 2024 di Wisma PKPS pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyasarkan kutipan wakaf berjumlah RM100 juta tahun ini membabitkan Wakaf Tunai, Wakaf Khas dan Manfaat Wakaf (sewaan).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi kutipan wakaf berjumlah RM75.5 juta tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Kesedaran masyarakat untuk berwakaf semakin meningkat. Jika dahulu, kutipan sedikit tetapi sekarang banyak malah kaedah (berwakaf) juga mudah dan boleh dibuat secara dalam talian.

"Berwakaf boleh dibuat melalui potongan gaji atau akaun setiap bulan atau setiap hari. Paling penting kita mahu beri kesedaran betapa besar ganjaran diperoleh jika kita berwakaf,” katanya ketika sidang akhbar pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2024 di Dewan Orkid Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dekat sini.

Turut hadir, Pengerusi PWS, Datuk Ibrahim Md Yusof; Ahli Lembaga Pengarah PWS, Datuk Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Dr Ridhwan Bakar dan tetamu kehormat lain.

Iklan

Abdul Aziz (kanan) bersama Ibrahim (tengah) sewaktu gimik pelancaran tabung Wakaf Tunai pada Rabu

Buat julung kalinya PWS menganjurkan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2024 yang akan bermula pada 1 Sya’ban hingga 29 Ramadan sebagai usaha membudayakan masyarakat dengan amalan berwakaf.

Tambah Abdul Aziz, tabung wakaf tunai juga disediakan secara fizikal di masjid negeri yang terpilih dan hasil kutipan itu akan disalurkan semula kepada institusi berkenaan sebanyak 33 peratus.

"Penyerahan tersebut akan dilakukan selepas satu tahun kutipan dan terpulang kepada pihak masjid mahu menggunakannya untuk pelbagai tujuan yang penting ia melibatkan aset kekal.

"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga sering menasihatkan saya supaya memajukan harta wakaf menerusi projek-projek ekonomi yang mampu menyumbang kepada peningkatan jumlah sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz mengharapkan supaya rakyat Selangor yang beragama Islam sentiasa menyertai semua aktiviti yang akan diadakan oleh PWS dalam tempoh sebulan antaranya kuliah khas Maghrib, podcast bersama pempengaruh dan lawatan tapak projek pembinaan di bawah dana wakaf khas.

Jelasnya, kini wakaf boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman web Wakaf Selangor di https://fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp atau melalui DuitNow QR di bawah nama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

"Wakaf tidak semestinya diberi dengan jumlah yang besar dan berbentuk hartanah, rumah dan sebagainya tetapi melibatkan aset yang kita sayangi. Harta yang kita paling sayang adalah lebih baik jika diwakafkan," ujar beliau.