Ali Khamenei menangis imamkan jenazah Soleimani

Iklan
Ribuan penduduk Iran menitiskan air mata hari ini saat mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Baghdad. - Foto The Guardian.

TEHERAN - Ribuan penduduk Iran menitiskan air mata hari ini saat mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Baghdad.

Orang ramai yang hadir turut serta menunaikan solat jenazah yang diadakan di Teheran.

Iklan
Iklan

Pemimpin agung negara itu, Ayatollah Ali Khamenei dilihat mengimamkan solat jenazah tersebut.

Siaran langsung solat jenazah itu yang tular di laman sosial menunjukkan Ali Khamenei menitiskan air mata tatkala membaca surah membuatkan jemaah turut hiba.

Iklan

Terdahulu, jenazah Soleimani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz awal pagi tadi.

Stesen televisyen Iran mengadakan siaran langsung memaparkan ribuan orang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran itu untuk memberi penghormatan terakhir buat Komander Qassem Soleimani.

Iklan

Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Teheran pada 2018.