Pengganti Speaker Dewan Negara telah diputuskan - Fahmi

Iklan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzi. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Calon kerusi Speaker Dewan Negara telah diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas nama dicadangkan.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Iklan
Iklan

"Saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang aakan mengumumkan calon tersebut sebelum Dewan Negara bersidang pada pertengahan Mac depan," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Rabu.

Speaker Dewan Negara sebelum ini disandang Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum meletak jawatan pada 19 Januari.

Iklan

Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Sarawak pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Januari lalu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu keluar daripada persaraan demi berkhidmat untuk negara apabila menerima tawaran untuk mengisi kekosongan jawatan Speaker Dewan Negara.

Iklan

Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim, yang tamat perkhidmatan pada 16 Jun tahun lalu.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, calon Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) juga telah diluluskan.

"Sekarang sedang menunggu beberapa dokumen pentadbiran dan ia akan diumumkan selepas proses selesai sepenuhnya," katanya.

Jawatan Ketua Pengarah J-KOM kosong sejak 16 November lalu selepas penyandangnya, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff meletak jawatan.