Dua individu buat kacau atas Jambatan Pulau Pinang direman empat hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan yang ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Pulau Pinang direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kedua-dua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara berbahaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis sedang mendapatkan maklumat daripada pihak hospital mengenai rekod psikiatri kedua-dua suspek sekiranya ada termasuk menyemak status orang kurang upaya (OKU).

"Sama ada mempunyai kad OKU atau tidak perbuatan mereka amat berbahaya dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Iklan

"Semakan rekod jenayah yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga kes berkaitan ugutan jenayah pada tahun 2021 dan 2023,"katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Rabu.

Terdahulu Kok Chin melancarkan Op Selamat 21/2024 sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan di sini.

Iklan

Pada Selasa Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kedua-dua suspek yang berusia 30-an dan 50-an itu ditahan pada Selasa di George Town.

Menurutnya, mereka ditahan selepas polis mengesan satu klip video tular di laman sosial Facebook pada jam 12.30 Selasa.

"Di dalam video itu, ia memaparkan dua individu iaitu lelaki dan wanita sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan berbahaya apabila pembonceng motosikal (wanita) bertindak membaling satu objek disyaki pasir serta cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal dinaiki mereka.

"Kejadian disyaki berlaku di Jambatan Pulau Pinang dari arah George Town ke Perai dalam daerah SPT," katanya.