GTR Burger, FAS fokus pembangunan bola sepak Selangor

Iklan
Majlis menandatangani MoU penajaan antara FAS dan GTR Burgerdi Wyndham Acmar Klang sempena pelancaran musim ketiga WSL 2024.

JENAMA ‘Burger Jalanan’ terkenal, GTR Burger, memeterai perjanjian menaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama tiga tahun bermula musim 2024 bagi tujuan pembangunan khususnya di Selangor seiring dengan identiti badan induk tersebut.

Pengasas GTR Burger, Nordin Mat berkata, ketika mula bertapak di dalam industri, mereka hanya meletakkan sasaran awal untuk fokus menghasilkan burger yang sempurna.

Iklan
Iklan

"Bagi menghasilkan burger yang sempurna perlunya ada latihan dan praktikal pada kadar maksimum. Ianya seiring dengan identiti FAS yang amat menekankan aspek pembangunan dalam melahirkan pemain yang sempurna.

"Sebab itu GTR Burger memaktubkan perjanjian penajaan ini dengan FAS kerana kita ada perancangan yang lebih besar yang bakal kita laksanakan untuk lebih mendekati industri sukan bola sepak di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.

Iklan

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) penajaan di antara FAS dan GTR Burger berlangsung di Wyndham Acmar Klang sempena pelancaran musim ketiga Liga Super Wanita (WSL) 2024 pada 28 Januari lalu.

FAS diwakili Setiausaha Agungnya, Muhammad Izrin Nabil Ismail, manakala GTR Burger Nordin Mat selaku Pengerusi Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (GTR).

Iklan

MOU turut membabitkan rakan penaja musim 2024 yang lain iaitu Joma selaku pakaian rasmi FAS, FAS Drink, minuman rasmi FAS, Koperasi Kangen Selangor Berhad dan Kelme, penaja bola rasmi bagi FAS Women’ Super League (WSL) 2024.

Majlis disaksikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi,; Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rusli Jaafar dan pengasas bersama GTR Burger, Najib Jalil.

"Sejak kecil, bola sepak permainan utama kita, tak kiralah di kampung, pekan atau bandar dan sekarang kerana kecintaan kami terhadap bola sepak, dengan bangganya kami kini sebahagian sukan kegemaran ramai ini sebagai penaja rasmi untuk Persatuan Bolasepak Negeri Selangor,” kata Nordin.

Menerusi penajaan itu, GTR Burger akan terlibat di dalam kira-kira 1,500 perlawanan setiap tahun dengan lebih 300,000 peminat bola sepak yang akan hadir di semua program anjuran FAS.

Ia turut merangkumi potensi publisiti membabitkan lebih 11 juta penonton menerusi platform atas talian dan siaran televisyen bagi program pembangunan FAS.

Nordin turut mengajak semua peminat pasukan Selangor untuk berkunjung ke gerai GTR Burger di seluruh negeri itu untuk merasai keunikan rasa menu GTR Burger.

"Kami bukan hanya sekadar menunjukkan sokongan, tapi juga untuk berkongsi kenikmatan burger kami yang dibuat dengan hati untuk anda para peminat setia The Red Giants.

"Saya benar-benar tak sabar untuk bertemu dengan semua penyokong Selangor, datanglah ke gerai kami GTR Burger, sambil kita menyokong kepada Pembangunan Bola Sepak pasukan negeri Selangor, nikmatilah juga GTR Burger,” katanya.

Tambah beliau, penajaan ini bertujuan membuka peluang kepada peminat bola sepak untuk mengenali GTR Burger dengan lebih dekat dan seterusnya merasai burger GTR selain memberikan pulangan penjualan dan pemasaran kepada semua peniaga jenama berkenaan di seluruh negeri Selangor.