Tiada sebarang video podcast 'Hot Daddy' - Fahmi

Iklan
Fahmi (tengah) ketika sidang media selepas mesyuarat Pasca Kabinet di kementeriannya hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tiada sebarang video rakaman platform audio siar atau podcast menjemput seorang lelaki yang dikaitkan dengan perkhidmatan persundalan ditemui di mana-mana media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan dapatan awal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas menerima aduan berhubung perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Siasatan yang dijalankan tidak menemui sebarang rakaman video berkenaan malah pejabat saya telah menelitinya dan tidak menemui video yang dimaksudkan," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Rabu.

Menurutnya, penyedia kandungan platform audio siar (podcasters) dinasihati agar berpada-pada dan melakukan kawalan kendiri dalam mencipta kandungan.

Iklan

"Kita berhak untuk bersuara dan ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ada batas batasnya," katanya.

Tegas beliau, kementerian sedia meneliti keperluan untuk memgambil tindakan sekiranya berlaku keterlanjuran adab dan batas.

Iklan

"Peringatan kepada semua 'podcasters', kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan kawal selia terhadap kandungan yang disediakan tetapi tindakan akan diambil jika berlaku keterlanjuran adab dan batas," katanya.

Awal minggu ini sekeping gambar memaparkan 'hot daddy' dipercayai dijemput ke sebuah program podcast sehingga menimbulkan bantahan dalam kalangan umat Islam.

Perkara itu mendapat teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dengan menyuarakan kebimbangan sekiranya tindakan itu akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak.

Hot daddy atau nama sebenar Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, sebelum ini didakwa bersama dua rakan wanita mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Bapa kepada tiga anak itu bagaimana pun mengaku tidak bersalah.