Tahun Baharu Cina: Isi borang di aplikasi VSP sebelum balik kampung

Iklan
Razarudin (kiri) merasmikan VSP 2.0 di Persada Plus pada Rabu.

PETALING JAYA - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina disarankan mengisi borang menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang sudah dinaik taraf kepada VSP 2.0 bagi memastikan keselamatan harta benda mereka terjamin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata berkata, aplikasi itu telah ditambah baik dan mesra pengguna serta mengikut trend.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang merancang pulang ke kampung boleh mengisi borang maklumat balik kampung di balai polis atau aplikasi tersebut.

"VSP dijadikan medium perantara bagi usaha pencegahan jenayah melalui penyaluran maklumat secara dalam talian dengan lebih komprehensif,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Op Selamat 21 dan perasmian VSP 2.0 di Persada Plus di sini pada Rabu.

Iklan

Razarudin berkata, aplikasi itu memudahkan perhubungan antara polis dan masyarakat.

"Kita berharap kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah sepanjang tempoh Op Selamat ini. Jadilah mata dan telinga kepada PDRM," katanya.

Iklan

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seramai 6,559 anggota dan pegawai ditugaskan dalam Op Selamat Ke-21 sempena Tahun Baharu Cina bermula 8 Februari hingga 13 Februari di seluruh negara.