Pas tolak kerjasama dengan pemerintah zalim, pilih bulu - Hadi Awang

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak boleh bersatu dengan mereka yang nyata zalim bertindak secara terpilih ketika memerintah negara.

Menurutnya, ini kerana hukum nafsu golongan itu bukan mencari kawan sebaliknya mencari lawan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, umat Islam perlu beristiqamah berpegang kepada perintah ALLAH SWT dan diharamkan bersekongkol dengan kezaliman.

"Masalahnya ialah masih ramai yang tidak mahu menerima penyelesaian Islam yang ingin dikembalikan oleh Pas kerana masih tegar pegangannya kepada pelaksanaan yang gagal.

Iklan

"Pada masa yang sama, mereka tidak memberi peluang kepada Pas dengan melakukan banyak sekatan, sehingga mencabuli konsep demokrasi dan perlembagaan sehingga berlakunya banyak salah laku dan kezaliman,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, walaupun ada pihak cuba menggagalkan perjuangan Pas, namun parti itu tidak berganjak atau berputus asa sambil mengadu kepada ALLAH SWT apabila dikecewakan dan dizalimi.

Iklan

Ujar beliau, ini kerana Pas yakin doa orang yang dizalimi diperkenankan.

"Pas tetap beristiqamah bersama Islam yang berkuasa, bukan Islam sekular yang tidak berkuasa yang dicacatkan oleh penjajah dengan meninggalkan petunjuk Allah, seterusnya membawa akibat buruk yang dapat disaksikan,” jelasnya.