Kanak-kanak enam tahun jejak bapa kandung

Iklan
Muhammad Nadeem kini menumpang kasih dengan ibu saudaranya, Norliza.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun kini menjejaki bapa kandung yang terpisah sejak ibunya meninggal dunia pada 30 Januari lalu.

Ibu saudara kepada kanak-kanak berkenaan, Norliza Hassan berkata, Muhammad Nadeem Mohd Farit merupakan anak tunggal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibu kepada Muhammad Nadeem iaitu Nooraini meninggal dunia akibat penyakit kanser hati.

"Alamat terakhirnya ialah di Pasir Gudang, Johor, selebihnya kami tidak tahu," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Norliza berkata, mereka yang mengenali Mohd Farit Azman diharap tampil dengan menghubungi talian 010-3670578.

Tambahnya, anak saudaranya itu kini berada di bawah jagaan keluarga mereka.

Iklan