Seorang lelaki maut, seorang lagi cedera lori dinaiki terbabas

Iklan
Keadaan di lokasi kemalangan yang membabitkan sebuah lori dinaiki dua mangsa terbabas di bahu jalan di kilometer (KM) 42.2 Lebuhraya PLUS arah selatan pada awal pagi Rabu

KULAI - Seorang lelaki maut sementara seorang lagi cedera apabila lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 42.2 Lebuhraya PLUS arah selatan pada awal pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Baharuddin Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada jam 8.44 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Lite Fire Rescue Tender (LFRT) dengan 13 anggota bomba dari BBP Kulai telah dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori jenis JAC tiga tan yang membawa muatan kertas roller resit terbabas ke bahu jalan.

Iklan
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Terdapat seorang mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital oleh ambulans dan seorang lagi mangsa tersepit di bawah lori terbabit.

"PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sekitar jam 10 pagi.