Awan tebal, jenazah pendaki wanita belum dibawa keluar dari Gunung Reskit

Iklan
Zahalita dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia ketika mendaki di Gunung Reskit dekat Kuala Tahan.

JERANTUT - Operasi membawa keluar jenazah pendaki di Gunung Reskit dekat Kuala Tahan di sini masih belum dapat dilakukan berikutan keadaan awan yang tebal pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, Zahalita Othman, 53, meninggal dunia ketika mendaki Gunung Reskit dekat Kuala Tahan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan awan tebal menyebabkan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami kesukaran untuk membawa keluar jenazah setakat ini.

Sebelum itu, wanita terbabit dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi Selasa.

Iklan

Mangsa mengikuti program pendakian gunung bersama kumpulannya sejak 1 Februari lalu.

Sementara itu, di laman Facebook milik Zahalita beberapa kenalan berkongsi kesedihan susulan wanita itu meninggal dunia pada hari jadinya, 6 Februari.

Iklan