Harga petrol, diesel kekal sehingga 14 Februari

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok sehingga 14 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).

Iklan
Iklan

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Iklan

Iklan