Restoran diarah tutup gara-gara lipas

Iklan
Sebuah restoran di Telok Panglima Garang diambil tindakan oleh MDKL dalam operasi yang dijalankan.

KUALA LANGAT - Keadaan dapur kotor dan lipas berkeliaran menyebabkan sebuah restoran di Telok Panglima Garang diarah tutup serta-merta hari ini berikutan tidak mematuhi tahap kebersihan ditetapkan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, tindakan diambil berdasarkan aduan diterima daripada orang awam.

Iklan
Iklan

"Premis tersebut terpaksa ditutup serta-merta bagi mengelak keracunan makanan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Keadaan dapur di sebuah restoran kotor ketika pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, arahan penutupan premis berkenaan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 62, Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (2007) MDKL.

Iklan

Menurutnya, pemilik restoran turut diarah melakukan pembersihan dalam tempoh 14 hari.

"MDKL sentiasa memeriksa serta memantau premis makanan di daerah ini bagi memastikan masyarakat sentiasa merasa selamat untuk makan di premis-premis makanan di dalam daerah ini," katanya.

Iklan