12 terbunuh letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan

Iklan
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam insiden letupan bom di luar pejabat kempen calon pilihan raya.

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam insiden letupan bom di luar pejabat kempen calon pilihan raya, di barat daya Pakistan pada Rabu.

Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pegawai tempatan Jamal Uddin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, setakat ini belum diketahui sama ada insiden itu angkara pengebom bunuh diri atau akibat peranti yang ditanam meletup.

Selain itu, Uddin berkata, tidak dapat dipastikan sama ada calon bagi kawasan pilihan raya tempatan, Asfandyar Kakar, berada di pejabat ketika kejadian berlaku.

Iklan

Keganasan semakin meningkat di Pakistan sejak beberapa bulan kebelakangan ini menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada Khamis. - Bernama

Iklan