Kesan tapak kaki buaya di tebing sungai - Bomba

Iklan
Operasi SAR sedang dilakukan di sekitar Sungai Koyah berhampiran sebuah ladang di Kampung Paris, Kinabatangan.

KINABATANGAN - Kesan tapak kaki buaya ditemui di lokasi lelaki warga asing dilaporkan hilang dalam kejadian di Sungai Koyah berhampiran sebuah ladang di Kampung Paris 2, di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah berkata, mangsa dikenali Roberto Martinus, 48, sering melakukan aktiviti memancing di sungai tersebut.

Iklan
Iklan

"Menurut sumber, mangsa biasanya memancing bersendirian sebelum masuk bekerja. Ketika kejadian pagi tadi, mangsa dipercayai disambar di tebing sungai tersebut.

"Selain itu, terdapat kesan tapak buaya pada tanah di lokasi mangsa dipercayai dibaham," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Katanya lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan di sekitar lokasi kejadian.

"SAR dilakukan sejauh tiga kilometer dari lokasi kejadian namun sehingga kini mangsa belum ditemui dan maklumat terkini akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Iklan