Ibu lemas, tiga anak hilang: 'Tragedi kepala air sudah lama tak berlaku'

Iklan
Aszura (kiri) ditemui lemas, manakala tiga anaknya berusia masing-masing 2,4 dan 7 tahun masih hilang akibat dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Koh, Bidor. - Foto FB Aszura

TAPAH - Wanita yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air ketika perkelahan enam sekeluarga dan seorang pengasuh di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini petang tadi dikenali sebagai Aszura Bani, 37, dari Kampung Cegar, Bidor.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat manakala tiga anak mangsa yang berusia dua, empat dan tujuh tahun masih hilang.

Iklan
Iklan
Mangsa tragedi kepala air, Aslinda Bani, 38, tidak dapat menahan kesedihan sejurus menerima berita kematian adiknya, Aszura Bani, 37, ekoran kejadian tersebut di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor pada Rabu. - Foto Bernama

"Seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang merupakan pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang hilang pula dijumpai sedang berpaut pada batu di sungai," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, usaha mencari tiga lagi kanak-kanak itu sedang giat dijalankan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk sehingga kini dalam radius pencarian tiga kilometer.

Iklan

Mohd Naim berkata, aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.

Katanya mayat mangsa dan pengasuh yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut dan rawatan.

Iklan

Sementara itu, Mohd Naim operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguh 7.30 malam ini atas faktor keselamatan dan akan disambung pagi esok. - Bernama