Bangunan separa musnah jadi tempat berlindung

Iklan
Bangunan yang separa musnah dibedil menjadi pilihan terakhir penduduk Gaza yang tiada tempat untuk dituju.

GENTING GAZA - Penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal terpaksa berlindung di bangunan yang musnah dibedil di Genting Gaza walaupun keadaan struktur itu berisiko runtuh, sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Perang Gaza yang memasuki bulan keempat pada Rabu menyaksikan sehingga 1.7 juta penduduk atau lebih 75 peratus populasi di wilayah terkepung itu semakin hilang arah dan tiada tempat untuk dituju.

Iklan
Iklan

Data Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menganggarkan lebih 60 peratus struktur di Gaza musnah akibat kempen pengeboman ganas rejim Zionis.

Penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal tiada lagi tempat selamat untuk dituju selepas Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ganas di seluruh Gaza.

Tetapi, kebanyakan keluarga memilih bangunan yang separa musnah sebagai lokasi perlindungan sementara memandangkan tiada lagi tempat selamat di wilayah tersebut.

Iklan

Mereka tiada pilihan lain memandangkan sekolah kendalian UNRWA dan kawasan khemah sementara juga semakin sesak dalam menghadapi musim sejuk.

"Rumah kami di kawasan utara musnah dibedil dan 42 penduduk terkubur di bawah runtuhan tersebut. Kami kemudiannya terpaksa melarikan diri ke bandar Khan Yunis sebelum menuju ke Rafah.

Iklan

"Tetapi, tiada lagi tempat untuk berlindung dan bangunan separa musnah menjadi pilihan terakhir walaupun tidak selamat untuk didiami,” kata Safwat Shabat.

SITUASI MERUNCING

Ketika krisis kelaparan semakin meruncing di Gaza, UNRWA memaklumkan ia tidak dapat melaksanakan misi untuk menghantar bantuan kemanusiaan jika jaminan keselamatan gagal dipenuhi.

"Akses kemanusiaan yang mampan dan selamat amat diperlukan di seluruh kawasan termasuk utara Gaza,” menurut agensi itu di platform X.

Gesaan itu dibuat selepas sebuah trak membawa bekalan makanan dilaporkan telah menjadi sasaran bedilan tentera laut Israel ketika ia sedang menunggu kebenaran untuk menuju ke utara Gaza.

Struktur separa musnah menjadi tempat berlindung kebanyakan keluarga di Gaza.

Situasi yang tidak selamat menyebabkan Tentera Udara Diraja Jordan dan Belanda terpaksa menggugurkan bantuan kemanusiaan dari ruang udara Hospital Lapangan 77 di bahagian utara wilayah tersebut.

"Kotak khas itu turut dilengkapi payung terjun berpandukan sistem GPS untuk memastikan ia dihantar ke lokasi yang ditentukan dengan tepat dalam masa yang ditetapkan,” ujar kenyataan bersama itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran terhadap tindakan menggantung dana kepada UNRWA yang bakal meletakkan ratusan ribu nyawa dalam bahaya.

Kebanyakan struktur tersebut berisiko runtuh pada bila-bila masa.

"Dakwaan salah laku individu tidak sepatutnya dijadikan hukuman kolektif terhadap penduduk Gaza,” tegasnya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas lebih 12 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah sedemikan kononnya sebagai respons terhadap sejumlah kakitangan agensi itu yang didakwa terlibat dalam Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Penduduk Gaza menerima bekalan tepung diagihkan agensi bantuan di selatan Gaza.

Pada minggu lalu, UNRWA memberi amaran seluruh operasi mereka di Asia Barat berkemungkinan terpaksa dihentikan menjelang akhir bulan ini jika pembiayaan itu gagal dipulihkan. - Agensi


INFO

- Angka korban kezaliman rejim Zionis sejak 7 Oktober lalu telah meningkat kepada 27,365 orang manakala 66,630 cedera dan sebahagian besarnya ialah wanita serta kanak-kanak.