Heung-min pulang ke London minggu ini

Iklan
Son Heung-min (kiri) gagal membantu Korea Selatan melangkah ke final Piala Asia selepas dikejutkan Jordan 0-2. Foto Agensi

KAPTEN Tottenham Hotspur, Son Heung-min dijangka kembali ke utara London minggu ini, selepas Korea selatan tersingkir daripada kempen Piala Asia.

Khidmat Heung-min ditagih Ange Postecoglou menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton di laman sendiri, Sabtu ini.

Iklan
Iklan

Spurs merindui kualiti Heung-min yang bertugas untuk pasukan kebangsaan dan sentuhannya amat diperlukan bagi menyemarakkan semula cita-cita kelab tersebut untuk menamatkan kempen dalam kelompok empat terbaik.

Ketika ini, Spurs berada di tangga kelima EPL dengan 44 mata.

Iklan

Sepanjang kempen Piala Asia di Qatar, Heung-min meledak tiga gol dan mencipta satu bantuan gol.

Gol terakhir Heung-min dalam pertembungan menentang Australia di suku akhir antara yang tercantik di Piala Asia.

Iklan

Sepakan percuma melencongnya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Australia, Mathew Ryan pada penghujung babak pertama masa tambahan membawa Korea Selatan ke separuh akhir.