Tindakan BN 'makan diri' jika tarik sokongan Kerajaan Perpaduan
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan tidak akan mengalami kesan besar sekiranya Barisan Nasional (BN) membuat keputusan menarik semula sokongan kerana tidak puas hati dengan keputusan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, sebaliknya tindakan BN itu hanya memakan diri kerana pemimpin mereka bakal hilang jawatan dalam Kabinet serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).