Buat saringan psikometrik untuk jadi polis
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk melakukan saringan psikometrik bagi individu yang memohon jawatan dalam badan penguatkuasaan seperti polis pada masa akan datang.
Pakar kriminologi dari Management and Science University (MSU), Nadiah Syariani Md Shariff berkata, ujian itu akan membolehkan jenis personaliti dan tahap integriti seseorang sama ada jawatan yang dimohon sesuai dengan kualiti individu berkenaan.