Anggota polis wanita maut, rakan parah kemalangan

Iklan
Mangsa seorang anggota polis maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, Kuala Lumpur, pada Selasa. Foto: Facebook

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis wanita maut dalam kemalangan di Kilometer 2.7 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, di sini, pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku pada jam 12.58 tengah hari membabitkan sebuah motosikal Yamaha Ego Solariz dan lori.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik tiba di susur keluar ke arah Jalan Kuching, kedua-dua kenderaan itu bergesel menyebabkan penunggang motosikal jatuh di hadapan lori berkenaan.

"Pembonceng motosikal yang juga seorang anggota polis wanita berusia 33 tahun pula turut parah dan dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," ujarnya.