KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama meningkat susulan pertambahan kenderaan, berikutan cuti panjang menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan setakat 9 pagi Khamis, aliran trafik meningkat di Permatang Pauh-Perai, Slim River-Sungkai, Setia Alam-Shah Alam dan Bandar Gamuda Cove-Bandar Saujana Putra.
Iklan
Iklan
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di kawasan selatan negara, kenderaan bergerak perlahan di Ayer Keroh-Jasin manakala aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT 2, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Skudai lancar di kedua-dua arah.
"Aliran trafik dijangka terus meningkat pada sebelah petang selepas waktu bekerja dan orang ramai mengambil peluang menggunakan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula hari ini,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama