KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI]"Terpulang kepada beliau,” demikian reaksi Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran meninggalkan parti itu pada Rabu.
Fahmi berkata, bekas Naib Presiden PKR itu berhak membuat keputusan sedemikian memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti.
Iklan
Iklan
"Itu adalah keputusan beliau. Saya berpandangan itu adalah hak beliau. Terpulang kepada beliau. Beliau pun sejak dua menjak ini, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak terlibat, tidak aktif.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam di sini malam Rabu.
Pada Rabu, Surendran mengumumkan keluar PKR atas alasan kecewa dengan parti itu.
Sebelum itu, Fahmi mengingatkan Surendran supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR. - Bernama