Replika naga terbesar di dunia ada di Jonker Walk, Melaka

Iklan
Pelbagai saiz naga termasuk Naga gergasi yang akan mengamit pelancong ke Jonker Walk sempena sambutan Tahun Baharu Cina Sabtu ini.

MELAKA - Kawasan pelancongan Jonker Walk di sini, terus menjadi tumpuan pelancong sempena cuti Tahun Baharu Cina dengan kewujudan replika naga berukuran hampir 200 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo berkata, replika yang mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan dengan kos RM500,000 bertujuan untuk memeriahkan sambutan perayaan tersebut dan juga Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Tian Loo bersama isteri bergambar di kepala naga yang dianggap terbesar di dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kehadiran replika naga berkenaan sekali gus memberi pengalaman baharu kepada pengunjung selain meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China

"Replika itu juga akan dibawa berarak di kawasan pelancongan dengan kekuatan 200 orang.

Iklan

"Ini merupakan replika yang dianggap terbesar di dunia dengan berat 160 kilogram, 588 kaki atau 179.2 meter panjang," katanya ketika ditemui di Jonker Walk, Banda Hilir, di sini, pada Khamis.

Sebahagian pertunjukan yang akan memeriahkan Jonker Walk, Banda Hilir sempena Tahun Baharu Cina.

Ujarnya, replika naga yang menjadi tarikan utama zodiak tahun naga mengikut kepercayaan kaum Tionghua juga akan diserikan dengan pemasangan lebih 1,000 tanglung besar bagi memeriahkan lagi perayaan itu.

Iklan

"Lebih penting ini juga merupakan persediaan kita bagi menyambut World Tourism Day atau Hari Pelancongan Dunia 2025 pada pertengahan bulan ini," katanya.