Lapan warga asing tanpa permit kerja sah ditahan

Iklan
Anggota penguat kuasa JIM memeriksa sebahagian warga asing di sebuah premis di Pontian. - Foto: JIM Johor

PONTIAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan lapan warga asing tanpa permit kerja yang sah di sekitar daerah Pontian pada pagi Khamis.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi Ops Bersama yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dan Majlis Perbandaran Pontian.

Iklan
Iklan

"Dalam operasi tersebut, sebanyak 11 premis diperiksa melibatkan pemeriksaan terhadap empat peniaga warga asing dan tempatan.

"Kesemua yang ditahan melibatkan tiga lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga Nepal, seorang lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga India berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, kesemua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

"Mereka turut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

Iklan

"JIM Johor dengan kerjasama daripada semua jabatan penguat kuasa lain akan terus mempergiatkan lagi operasi bagi membanteras isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini," jelasnya

Dalam pada itu, Baharuddin berkata, pihaknya turut memandang serius mengenai isu warga asing yang menyalahgunakan pas/permit yang diberikan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mereka.