Siasatan menyeluruh, motif kes bunuh di Route 66

Iklan
M KUMAR. Laporan Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Polis sedang melakukan siasatan secara menyeluruh termasuk motif kes pembunuhan seorang lelaki tempatan di sebuah kelab malam Route 66, Jalan Abdullah Tahir di bandar raya ini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar berkata, setakat ini 15 individu berusia 20 sehingga 40 tahun itu sudah ditahan termasuk suspek utama yang diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Kulai pada Isnin sejurus tiba dari Bangkok bagi membantu siasatan kes terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek lelaki terbabit dipercayai telah melarikan diri ke luar negara ke Bangkok, Thailand sejurus kejadian itu berlaku.

"Suspek berjaya ditahan hasil kerjasama dan pertukaran maklumat rakan kita (polis) di Thailand, dia kemudiannya ditahan Lapangan Terbang.

Iklan

"Kita minta orang ramai yang mengetahui berkenaan kes ini supaya menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas di sini pada Khamis.

Iklan

Pada selasa, media melaporkan suspek berkenaan ditahan polis sebaik sahaja tiba di LTAS kerana disyaki terbabit dalam kematian seorang lelaki berusia 24 tahun di sebuah kelab malam pada jam 4.45 petang Ahad lalu.

Memetik laporan media Thailand, ahli perniagaan berusia 31 tahun itu ditahan sebaik tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok pada jam 4.45 petang.

Hasil siasatan dijalankan mendapati mangsa telah mencuri wang sejumlah RM30,000 daripada kelab malam terbabit dan digunakan untuk berjudi secara dalam talian.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan beliau berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor mengenal pasti 41 lokasi 'hotspot' dan 37 lokasi 'blackspot' iaitu lokasi yang kerap berlakunya kemalangan menerusi Op Selamat.

"Lokasi-lokasi yang dimaksudkan ini akan diberikan keutamaan dari aspek penugasan mahupun penguatkuasaan agar kehadiran JSPT dirasai. JSPT Johor akan menggerakkan kekuatan seramai 89 pegawai dan 582 anggota Op Selamat kali ini," ujar beliau.

Selain itu katanya, JSPT juga akan menjalankan pemantauan ke atas kenderaan perdagangan agar mematuhi waktu larangan berada di lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik serta lalu lintas.

Beliau memberitahu, berdasarkan statistik Op Selamat 19/2023, secara keseluruhannya jumlah kemalangan meningkat 858 kes iaitu bersamaan 105 peratus berbanding 2022.

Jelasnya, kemalangan maut turut meningkat sebanyak sambilan kes atau 129 peratus begitu juga dengan kadar kematian peningkatan sebanyak 15 kes atau 214 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Punca peningkatan ketara ini disebabkan oleh perubahan fasa penularan Covid-19 yang menimpa negara dan seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan di seluruh negara," tambahnya.