IPOH - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Khamis melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang kini tersedia di semua stesen Lembah Klang dan semua stesen Komuter Utara termasuk Ipoh, melibatkan 80 stesen.
Anthony berkata, dengan pelancaran sistem yang membolehkan pengguna membuat pembayaran perjalanan menggunakan kad debit, kat kredit dan pembayaran digital e-dompet itu di pintu kawalan automatik, ia memudahkan proses pembayaran dengan mengambil masa sesingkat satu hingga lima saat.