MERSING - Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing menahan dua vessel jenis kapal kargo kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 7.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil di sini, pada lewat petang Rabu.
Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, kapal yang berdaftar atas nama Phuc Thuan 39 dan Phuc Thuan 79 dari Vietnam ditahan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin dalam Op Jaksa dan Op Tiris di sekitar perairan Mersing.
Iklan
Iklan
"Hasil pemeriksaan lanjut didapati nakhoda kapal berkenaan tidak memaklumkan ketibaan selain gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.
"Oleh itu, mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan ketibaan dan berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
"Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah Suhaizan, pemeriksaan lanjut turut mendapati kapal Phuc Thuan 39 dan kapal Phuc Tuan 79 masing-masing dikendalikan oleh seorang nakhoda dengan Phuc Thuan 39 dibantu 12 kru warga Vietnam dan kapal Phuc Thuan (11 kru) yang kesemuanya merupakan warganegara Vietnam.
Sementara itu Suhaizan berkata, nakhoda dan ketua jurutera kapal ditahan dan dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan seterusnya.