Tinjauan Tahun Baharu Cina

Iklan
Masyarakat Tionghua membeli barangan keperluan menjelang Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini ketika tinjauan di sebuah pasaraya di ibu kota hari ini.

Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mewartakan harga maksimum bagi 11 barangan keperluan terpilih di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 yang berkuat kuasa selama sembilan hari dari 6 Februari hingga 14 Februari 2024.